Wednesday, February 24, 2010

hari ini saya menetapkan bahawa studio ini akan bergerak ke cabang seni yg lg satu iaitu seni penulisan pulak hehe.. saya ingin mengemmbangkan lg bakat yg saya ada.. dan mencuba terus mencuba setiap benda yg baru bg saya.. warnai hidup ini dengan kepelbagaian. seperti lukisan kita membanyakan elemen dalam sesebuah lukisan supaya ianya kelihatan menarik atau "cantik". dalam sesebuah lukisan perlu ada kepelbagaian seperti color, shape,texture,form balance, contrast, variety.. dan banyak lagi maka painting itu akan menjadi satu hasil seni yg kukuh dengan "sendirinya" it's can speak for itself.

saya juga meminati seni punilsan kreatif.. dulu kat sekolah pernah belajar sastera tapi taklah sebagus mana pencapaian dalam kelas. masa tu tak minat lg nak membaca.kelapa nan sebatang salah satu buku yg wajib dibaca bagi menjawab soalan pepriksaan.. Membaca waktu itu tak pernah ada dalam diari hidup saya.. ianya berubah apabila berlaku satu kejadian yg menggemparkan dan menjadi sejarah dalam hidup saya..

semenjak itu saya minat membaca.. pada mulanya hanya minat membaca buku kisah kesufian lama kelamaan beralih kepada novel, majalah informasi , dan kini saya minat apa sahaja jenis bacaan asalkan dapat menambah pengetahuan.. tak kiralah politik, keagamaan, sains, sastera, kajian ilmiah atau hiburan sekalipun.. akan cuba saya baca..

jadi dalam blog ini juga saya akan cuba menulis novel atau cerpen sebagai ruang untuk saya berkarya dan berkongsi bersama pembaca yg lain dengan percuma.. dan saya mengharapkan komen yang membina dari para pembaca yang budiman. selamat mengahayati..